Turki keluar waran tangkap Gulen

BN-OY287_0716gu_P_20160716143759

ANKARA, Jumaat – Mahkamah di Turki mengeluarkan waran rasmi untuk menahan ulama buangan yang kini berada di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen atas dakwaan menjadi dalang dalam cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai lalu.

Kerajaan Turki dalam satu kenyataan berkata, Gulen yang pernah menjadi sekutu Presiden, Recep Tayyip Erdogan itu kini tinggal dalam buangan di Pennsylvania.

Sejak insiden rampasan kuasa lalu Turki menggesa agar pemimpin itu diekstradisi.

Gulen bagaimanapun menafikan pembabitannya dan mendakwa tidak mengetahui mengenai rancangan tersebut.

Ketika ini, Turki dilaporkan masih belum membuat permohonan untuk mengekstradisi Gulen secara rasmi, namun, waran tangkap yang dikeluarkan itu mungkin menjadi permulaan untuk tindakan berikutnya.

Cubaan rampasan itu menyebabkan lebih 300 orang maut manakala lebih 2,100 lagi cedera.

Selain itu hampir 70,000 orang digantung kerja atau dipecat dalam perkhidmatan awam, kehakiman, pendidikan, penjagaan kesihatan, tentera dan media manakala 18,000 lagi ditahan, kebanyakannya askar kerana disyaki terbabit. -Agensi

The post Turki keluar waran tangkap Gulen appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?