Tutup pintu sempadan lebih awal bantu kurangkan penyeludupan senjata api, dadah

Former Malaysia's inspector-general of police Musa Hassan speaks during an interview with The Malaysian Insider at a hotel in Petaling Jaya on August 5, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

KUALA LUMPUR, Rabu – Penyeludupan senjata api dan dadah ke negara ini boleh dikurangkan dengan menutup pintu sempadan lebih awal.

Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan berkata, pintu sempadan perlu ditutup pada jam tujuh malam berbanding 12 malam

“Saya melihatkan bahawa sempadan sekarang terbuka sampai 12 tengah malam berkemungkinan kita boleh kurangkan waktu operasi kepada asal jam 7 malam sahaja.

“Kalau jam 12 tengah malam, petugas (di pintu masuk) terlalu lama bertugas (dalam sehari) berkemungkinan kurang fokus pengawasan apabila sudah (bertugas) sampai tengah malam.

“Lebih elok kalau ditetapkan sampai jam 7 malam supaya kita boleh menyekat apa-apa langkah penyeludupan samada senjata api dan dadah,” katanya yang dipetik daripada Antarapos, semalam.

Musa berkata, beliau melihat usaha itu sebagai salah satu langkah mengekang aktiviti jenayah termasuk penyeludupan bahan api seperti pistol.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan kekesalannya dengan insiden tembak-menembak yang berlaku di negara ini sejak kebelakangan ini.

“Kalau kita lihat tahun ini sahaja sudah 13 atau 14 kes tembak berlaku hingga Julai. Saya rasa ini satu trend yang semakin berbahaya, ini lebih teruk daripada (fahaman) IS kerana ini mengakibatkan nyawa orang awam oleh tindakan-tindakan kongsi gelap dan kumpulan samseng. Perkara ini hari-hari boleh berlaku,” katanya.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan beberapa insiden tembak mati membabitkan orang awam serta ahli politik.

Pada pertengahan Jun, calon PKR untuk Pilihan Raya (PRN) Sarawak, Bill Kayong ditembak mati berhampiran Emart One Stop Shopping Mall, senadin, Miri.

The post Tutup pintu sempadan lebih awal bantu kurangkan penyeludupan senjata api, dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian