Umat Islam perlu bersatu jayakan agenda Islam

JRI2016 JB 2

Oleh: Siti Nurliyana Saifollah

JOHOR BAHRU, 2 Ogos – Umat Islam perlu merefleksi dan memuhasabah diri masing-masing tentang sejauh manakah diri telah menyumbang untuk membangun agenda Islam.

Seruan global ini disampaikan oleh Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Johor Bahru, Tn. Hj. Mohd Tahir Hamdan dalam ucapan perasmian Sambutan Aidilfitri dan Rumah Terbuka Isma Johor Bahru di sini baru-baru ini.

“Sebagai umat Islam yang kini diserang dari segenap sudut, kita perlu bertanya kepada diri kita apakah sumbangan yang telah dilakukan demi merencana agenda pembangunan Islam,” ujarnya.

Beliau memberi penekanan tentang kondisi kritikal kesatuan umat Islam kini dan turut menjelaskan bahawa kejayaan agenda pembangunan Islam hanya mampu diraih apabila umat Islam bersatu.

“Kesatuan adalah asas kejayaan ummah yang akan memperkukuh benteng daripada serangan musuh Islam.

“Justeru itu, Isma sebagai sebuah pertubuhan Islam sederhana, akan terus berusaha membuka minda masyarakat menerusi pengisian padat yang disediakan dalam program-program yang dirancang bagi semua lapisan masyarakat menerusi setiap cawangannya di seluruh negara.

“Kita kini sedang berusaha untuk memperbanyak forum berbentuk akademik dalam usaha pembentukan masyarakat berfikiran kritis yang mampu menyumbang idea untuk agenda pembangunan Islam di Malaysia,” jelas beliau.

Tn. Hj. Mohd Tahir turut mengingatkan hadirin tentang perlunya umat Islam menyedari agenda musuh Islam di samping melipat gandakan usaha pembangunan masyarakat beragenda

“Yakinlah dengan janji Allah bahawa Islam pasti menang,” katanya mengakhiri ucapan.

JRI2016 JB 1

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?