Wang kertas tandatangan Gabenor baharu akan diedar
KUALA LUMPUR, Jumaat – Wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara (BNM) baharu, Datuk Muhammad Ibrahim dijangka akan diedarkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi.
Katanya, BNM memerlukan sedikit masa untuk menghabiskan pengedaran wang kertas sedia ada yang memaparkan tandatangan mantan gabenor.
“Sebaik sahaja stok (wang kertas sedia ada) selesai diedarkan, kami akan menggantikannya dengan yang baru. Proses ini akan memakan masa kira-kira dua hingga tiga bulan,” katanya.
Datuk Muhammad dilantik sebagai gabenor baharu untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei lalu.
Pelantikannya adalah bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 April.
Jawatan terakhir Datuk Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia yang disandangnya sejak 2010.
The post Wang kertas tandatangan Gabenor baharu akan diedar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan