Shafie Apdal tidak tubuh parti baharu, ambil alih parti sedia ada di Sabah

41474519808_shafieapdal

PUTRAJAYA, Khamis – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, hari ini mengumumkan beliau tidak menubuhkan sebarang parti baharu sebaliknya akan mengambil alih parti yang sedia ada di Sabah.

Beliau berkata, pertemuannya dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pagi tadi adalah bagi proses penukaran nama dan logo parti berkenaan.

Ketika ditemui media selepas perjumpaan beliau dengan RoS, Shafie Ahli yang juga Parlimen Semporna enggan mendedahkan nama parti itu.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa parti tersebut berpangkalan di Sabah dan beroperasi secara aktif sejak ia ditubuhkan pada 2013.

Shafie sebelum ini mengumumkan keluar daripada UMNO pada 4 Julai lalu, selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung keahlian beliau pada 24 Jun.

Turut keluar parti Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong serta tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan pada 27 Jun lalu, susulan tindakan MT UMNO menggantung keahlian Shafie.

The post Shafie Apdal tidak tubuh parti baharu, ambil alih parti sedia ada di Sabah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian