Ancaman ‘Lone Wolf’ lebih mencabar, maklumat masyarakat diperlukan

hishammuddin-oct14

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1438H, Khamis – Masyarakat perlu menyalurkan maklumat kepada kerajaan bagi menangani ancaman militan ‘lone wolf’ (secara bersendirian)yang sukar dikesan dan lebih mencabar berbanding kumpulan terancang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau memberikan contoh keganasan oleh ‘lone wolf’ yang merempuh orang ramai dengan sebuah trak di Nice, Selatan Perancis Julai lepas sebagai bukti ada kekangan maklumat dalam agensi risikan mengenai tindakan agresif individu tertentu. 

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh apabila seorang pengganas memandu sebuah trak merempuh orang ramai semasa sambutan Hari Bastille.

“Paling penting ialah rakyat sendiri, mahu menangani ‘lone wolf’ ini dan mesti ada yang menjadi mata telinga di peringkat akar umbi,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) di Dewan Rakyat hari ini mengenai tindakan kementerian menangani ancaman ‘lone wolf’ .

Hishammuddin berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan pihak-pihak yang pernah melalui insiden keganasan membabitkan militan ‘lone wolf’ seperti negara Perancis.

Menjawab soalan asal Lee mengenai setakat mana fahaman pengganas Daesh mempengaruhi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau berkata pada masa ini, ia adalah terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.

Katanya pada tahun ini, tiada anggota ATM yang dikesan cenderung atau terlibat dalam kegiatan Daesh.

Hishammuddin berkata pada 2014, hanya terdapat dua anggota ATM yang dikenal pasti dan ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terpengaruh dengan fahaman keganasan.

“Namun hanya seorang sahaja yang didakwa di mahkamah, manakala tahun lepas pula, seramai 11 orang telah ditahan dan didakwa di mahkamah di mana sembilan daripada mereka telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihak kementerian dan ATM telah mengambil pelbagai langkah termasuk membuat pemantauan terhadap anggota yang menjadi sasaran dieksploitasi oleh pengganas.

Ia termasuk program pasukan petugas Perisai Wira ATM, pelan pembangunan Fourth Dimension Malaysian Armed Forces (4D MAF) serta membangunkan keupayaan aset dan kelengkapan. – Bernama

The post Ancaman ‘Lone Wolf’ lebih mencabar, maklumat masyarakat diperlukan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian