DBKL kenakan caj kesesakan selepas projek MRT Line 1 siap

tjam-transformed

KUALA LUMPUR, 5 Muharram 1438H, Khamis – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 mula beroperasi.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad berkata, pihaknya sedang mengkaji sistem berkenaan namun, penentuan harga bagi setiap kenderaan masih belum dimuktamadkan.

“Kami akan laksanakan (caj jalan raya) yang akan menjadi inisiatif terakhir untuk mengurangkan kesesakan di bandar.

“Kami masih melihat butirannya. Kami telah menemui orang ramai bukan sahaja untuk dapatkan pandangan mengenai caj berkenaan, tetapi lebih kepada bagaimana nak mengubah pengangkutan awam di Kuala Lumpur, “katanya kepada The Edge Financial Daily selepas menghadiri sebuah forum semalam.

Mengulas lanjut, Nik Mastura berkata, pihak berkuasa telah merancang untuk melaksanakan dasar itu bagi menghalang kesesakan lalu lintas di pusat bandar seawal tahun 1980-an.

Katanya, ia bertujuan mengelakkan orang ramai daripada menggunakan kereta persendirian di pusat bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Seperti yang dilaksanakan di Singapura. Jika anda pergi ke pusat bandar pada waktu tertentu yang menyebabkan kesesakan, anda perlu membayarnya,” katanya.

Terdahulu, Nik Mastura berkata, caj berkenaan dimasukkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

“Kita tidak boleh melaksanakannya sekarang kerana tidak ada alternatif kepada orang ramai,” katanya.

Fasa pertama MRT Line 1 di antara Sungai Buloh dan stesen Semantan di Damansara Heights, dijadual akan memulakan operasi pada Disember ini.

Manakala fasa kedua antara stesen Semantan dan Kajang akan beroperasi pada Julai 2017.

The post DBKL kenakan caj kesesakan selepas projek MRT Line 1 siap appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian