Insiden campak ular selesai cara baik

datuk-seri-shahidan-kassim

KUALA KANGSAR, 19 Muharram 1438H, Khamis – Insiden pembantu jurulatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mencampak seekor ular sawa ketika pelajar mengharungi kolam berlumpur di pusat latihan jati diri, selesai dengan baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tiada aduan atau pandangan negatif daripada ibu bapa murid yang terlibat berikutan isu berkenaan.

Difahamkan, kesemua tertuduh telah digantung kerja termasuk mendapat tindakan susulan tetapi masyarakat masih memberi tomahan di media sosial berhubung kes itu. .

“Tomahan negatif hanyalah di media sosial malahan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru dan masyarakat di sini menjalani kehidupan seperti biasa serta anak-anak mereka majoritinya gembira kerana dapat menyertai kegiatan kokurikulum tersebut bersama APM,” katanya.

Sebelum ini, pembantu jurulatih APM menakutkan pelajar SK Beluru semasa menjalani program latihan jati diri dengan mencampakan seekor ular sawa ke dalam kolam berlumpur supaya mereka dapat menangkis perasaan gentar tetapi berubah kepada tragedi hitam.

Berikutan itu, APM menggantung serta merta modul pembinaan kumpulan murid yang digunakan mereka bagi menyiasat sama ada terdapat pelanggaran operasi prosedur standard (SOP) selepas satu video berkaitan latihan menggunakan modul itu menjadi viral di media sosial sejak Isnin.

The post Insiden campak ular selesai cara baik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian