650,000 penduduk Mosul terjejas bekalan air
MOSUL, 30 Safar 1438H, Rabu – Pertempuran antara tentera Iraq dan militan ISIL telah menybabkan sebahagian besar Mosul dan 40 peratus penduduk daripada bandar itu terjejas bekalan air.
Hampir 650,000 orang terjejas dengan masalah bekalan air yang terpotong ekoran saluran paip air rosak berikutan pertempuran berterusan tentera Iraq dan ISIL.
“Kita menghadapi bencana kemanusiaan. Kira-kira 1.5 juta orang masih berada di bandar itu.
“Perkhidmatan asas seperti air, elektrik, perubatan dan makanan tidak wujud,” kata Ahli Majlis Wilayah Nineveh Mosul, Hussam al-Abar.
PBB menjangkakan hampir satu pertiga daripada 200,000 pelarian dalam beberapa minggu pertama serangan di Mosul telah melarikan diri dari kediaman mereka setakat ini.
Kekurangan air minuman yang bersih menyukarkan penduduk di bandar itu untuk terus kekal.
“Tiada air, dan kami minum air dari perigi. Ia amat masin dan kami perlu memasaknya sebelum ia diminum,” kata seorang penduduk wanita, Umm Ahad, 45.
Pertempuran di Mosul berlarutan selama enam minggu, dan 40 peratus daripada timur bandar itu telah dikuasai oleh ISIL sejak serangan besar pada 17 Oktober lalu.- Agensi
The post 650,000 penduduk Mosul terjejas bekalan air appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan