Bernama tarik balik penggantungan Dahlan Maamor

dahlan3

BANGI, 4 Safar 1438H, Jumaat – Agensi Berita Nasional (Bernama) menarik balik penggantungan host program Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor, berkuat kuasa serta-merta, setelah digantung tugas pada 27 Oktober lalu.

Dahlan dalam kenyataan berkata, beliau dipanggil Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkifli Saleh bagi menyampaikan keputusan menarik balik penggantungan itu.

“Kami berbincang dan saya akur akan keputusan yang dibuat. Kelemahan itu ada di mana mana. Kita Harus menerimanya sebagai Satu pelajaran yang berguna,” katanya sambil berharap semuanya berjalan lancar.

Sebelum ini, Dahlan mendakwa tindakan ‘pendedak’ menyebabkan beliau digantung daripada menjadi host program itu.

Tindakan itu dikatakan dibuat selepas Dahlan menulis sedutan Ruang Bicara mengenai peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur jika tindakan itu membawa kepada penyatuan ahli UMNO dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemerintah.

Tindakan beliau itu dikatakan mendapat kritikan hebat daripada media-media UMNO.

BERITA BERKAITAN

Dahlan Maamor dakwa digantung jadi host Ruang Bicara Bernama TV oleh ‘pendedak’

The post Bernama tarik balik penggantungan Dahlan Maamor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian