Forum sudut pandang bincang isu persepakatan RUU 355 malam ini

ruu

BANGI, 28 Safar 1438H, Isnin – Forum Sudut Pandang Siri ketujuh akan dianjurkan pada malam ini dengan kupasan tajuk perbincangan Persepakatan RUU 355.

Tajuk itu dipilih susulan penangguhan rang undang-undang berkenaan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas dibentangkan di Dewan Rakyat.

Penangguhan ini menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan rakyat. Kenapa perlu tunda? Adakah ada permainan politik di sebalik penundaan ini? Atau ia satu tindakan strategik yang bakal menguntungkan umat Islam itu sendiri?

Menjawab persoalan yang timbul, sudut pandang tampilkan Timbalan Presiden Isma, Tuan Hj Aminuddin Yahaya dan Pengerusi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar dan moderatornya Penganalisis IRIS, Asyraf Farique.

Forum ini adalah anjuran Portal Islam dan Melayu www.ismaweb.net dan Arus Baru.

Ia akan diadakan di Dewan Seminar Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia di Bandar Baru Bangi bermula jam 8.30 malam.

Bagi mereka yang berminat menghadiri forum ini, sila berdaftar melalui pautan berikut: http://bit.ly/regviewpoints

The post Forum sudut pandang bincang isu persepakatan RUU 355 malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian