Hanya siasatan dapat buktikan siapa dalang pencemaran Sungai Semenyih: Noh

noh

KUALA LUMPUR, 1 Safar 1438H, Selasa – Hanya siasatan secara terperinci dapat membuktikan dalang yang terlibat dalam isu pencemaran Sungai Semenyih, kata Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Noh berkata, beliau tidak mahu menunding jari dan menyalahkan mana-mana pihak dalam isu itu.

“Kita minta penyiasatan secara terperinci dibuat dan pada dasarnya kerajaan negeri kena lebih bertanggungjawab kerana kuasa jaga sungai ini semua melibatkan kuasa kerajaan negeri.

“Jadi kerajaan negeri jangan nak tuding jari kepada orang lain. Bagi saya apa pun, penyiasatan harus dibuat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tuduhan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang dilapor berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan “kecenderungan unsur sabotaj” oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Azmin turut dilaporkan berkata, laporan polis telah dibuat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi menyiasat pencemaran sungai berkenaan.

“Kalau dulu saya masih lagi ingat, ada sahaja masalah air yang jadi kambing hitam Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd), tapi hari ini mereka dah ambil alih pengurusan air, dia tak boleh salahkan syabas, dia nak salahkan UMNO pulak.

“Ini saya kata budaya bangau oh bangau,” kata Noh. – Bernama

The post Hanya siasatan dapat buktikan siapa dalang pencemaran Sungai Semenyih: Noh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian