Ibu mangsa dera, teman lelaki dilanjutkan reman selama seminggu

image

BANGI, 30 Safar 1438H, Rabu – Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini membenarkan polis untuk melanjutkan reman selama seminggu terhadap ibu kepada kanak-kanak mangsa dera berusia dua tahun yang ditemui mati di Flat Paya Nahu, Khamis lalu.

Polis turut memperoleh lanjutan tahanan reman selama tujuh hari terhadap teman lelaki kepada ibu mangsa yang berusia 34 tahun itu.

Kedua-dua suspek ditahan selama seminggu sejak Khamis lalu ekoran penemuan ngeri mayat kanak-kanak di dalam sebuah kotak di unit flat berkenaan.

Kanak-kanak malang itu dipercayai menjadi mangsa penderaan fizikal, dan dilaporkan meninggal dunia pada 9 November lalu.

Penemuan mayat kanak-kanak itu terbongkar selepas polis menerima aduan berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan termasuk kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

The post Ibu mangsa dera, teman lelaki dilanjutkan reman selama seminggu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?