Kenaikan caj perkhidmatan penumpang tidak kena waktu, tambah beban rakyat: Matta

hamzahrahmatl-685x320

BANGI, 1 Safar 1438H, Selasa – Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Hamzah Rahmat berkata, kenaikan kadar caj perkhidmatan penumpang (PSC) tidak kena waktu malah menambahkan lagi beban orang ramai yang dihimpit kenaikan harga minyak dan minyak masak.

“Kenaikan PSC untuk penerbangan domestik sebanyak 83% dan 56% untuk penerbangan antarabangsa di klia2 hanya menjejaskan penumpang lebih daripada syarikat penerbangan murah yang beroperasi di terminal pengangkutan tambang murah itu.

“Kenaikan itu seolah cuba membendung pelancongan domestik dan antarabangsa ketika Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Tourism Malaysia sedang giat menarik pelancong,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Rahman berkata, kenaikan kadar PSC itu tidak wajar memandangkan banyak kemudahan asas yang tidak setaraf.

“Lapangan terbang moden lain di rantau ini dilengkapi pengimbas tubuh, Malaysia masih meraba periksa penumpang.

“Kemudahan asas seperti tandas yang bersih dan peralatan keselamatan yang sewajarnya patut disediakan sebelum PSC dinaikan, kerana apa kewajaran membayar lebih sedangkan taraf perkhidmatan di lapangan terbang masih rendah.”

Rahmat berkata, klia2 dibina sebagai terminal pengangkutan tambang murah bagi memenuhi keperluan syarikat penerbangan yang murah dan pengembara bajet, maka ia sepatutnya menikmati cukai lapangan terbang yang lebih rendah berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) supaya menyemak semula kenaikan itu, kerana menangguhkan kadar baharu baik untuk kepentingan negara.

Katanya, beliau tidak membantah semakan PSC tetapi menegaskan ia perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten.

Mavcom semalam mengumumkan semakan semula kadar PSC untuk semua lapangan terbang bermula 1 Januari 2017, dengan kenaikan caj bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Klia2 menyaksikan kenaikan PSC paling tinggi, iaitu RM18 untuk penerbangan antarabangsa dan RM5 untuk penerbangan domestik.

Mavcom mahu menyamakan kadar PSC di KLIA dan klia2 bagi meratakan lapangan persaingan dan menyemak semula PSC dalam masa setahun dengan hasrat untuk menyamakan kadar PSC di KLIA dan klia2 bagi penerbangan antarabangsa di luar Asean.

The post Kenaikan caj perkhidmatan penumpang tidak kena waktu, tambah beban rakyat: Matta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian