Lebih 800,000 pelarian dibenar masuk Malaysia sejak 2010

shahidan kassim

BANGI, 17 Safar 1438H, Khamis – Sejumlah 888, 294 pelarian dibenarkan masuk ke Malaysia sejak 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, negara menerima hampir daripada 24 buah negara dengan 90 peratus adalah yang datang dari Myanmar, manakala selebihnya ialah Sri Lanka, Pakistan, Somalia dan Palestin.

“Ia adalah berdasarkan statistik daripada UNHCR padan jumlah permohonan pelarian yang diluluskan antara 2010 dan September 2016 mengikut negara asal dan jantina mereka.

“Bagaimanapun, jumlah permohonan yang ditolak direkodkan, termasuk tempoh mereka tinggal di Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bakri (DAP), Er Teck Hwa di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan jumlah tersebut, bilangan pelarian di negara semakin meningkat sejak 2013, dan ia terus bertambah kepada 1,314 pada penghujung tahun lalu.

Malah jumlah turut menunjukkan peningkatan dua kali ganda bilangan pelarian lelaki berbanding perempuan dengan 571, 277 orang sepanjang tempoh enam tahun.

The post Lebih 800,000 pelarian dibenar masuk Malaysia sejak 2010 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian