ismakualaterengganu

Lelaki didenda RM9,500 hantar komen jelik terhadap PM

KUALA LUMPUR , 22 Safar 1438H, Selasa – Seorang lelaki didenda RM9,500 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat komen jelik kepada Per...

hakim-mahkamah-berita-harian-jenayah-terkini

KUALA LUMPUR , 22 Safar 1438H, Selasa – Seorang lelaki didenda RM9,500 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat komen jelik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui satu akaun Twitter, tahun lalu.

Hakim Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Ariff Fadila Arbain, 26, membuat pengakuan bersalah yang ditetapkan untuk sebutan kes.

Hakim turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pautan https://twitter.com/SangAlgojoe/status/671924906141941761 dengan niat untuk menyakiti hati orang lain kira-kira pukul 9.32 malam, 1 Disember 2015.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

The post Lelaki didenda RM9,500 hantar komen jelik terhadap PM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1201460902870616972

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item