Majlis Peguam akui terima dana Soros

majlis-peguam-aka-majlis-homoseksual

KUALA LUMPUR, 4 Safar 1438H, Jumaat — Majlis Peguam hari ini mengakui bahawa ia telah menerima sejumlah US$53,757.12 (US$15,000) daripada Open Society Foundation (OSF) sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen, majlis tersebut, Datuk Seri M. Ramachelvan mendedahkan bahawa pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Jan, 2015. OSF diasaskan oleh bilionaire Amerika Syarikat, George Soros.

“Wang yang diterima digunakan secara eksklusif untuk bayaran penyelidik bagi kajian penyelidikan, kos transkripsi dan kajian semula, kos perundingan dengan pemegang berkepentingan dan perbelanjaan luar jangkaan.

“Geran itu tidak diguna pakai sama sekali untuk membiayai perbelanjaan operasi dan urusan tadbir Majlis Peguam Malaysia,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa majlis itu telah menerima bantuan kewangan daripada OSF.

Beliau menjelaskan bahawa majlis itu menerusi jawatankuasa tersebut sedang menjalankan satu kajian penyelidikan mengenai akses kepada keadilan untuk pekerja asing di Malaysia.

“Kajian itu antara lain untuk mengenal pasti kaedah perundangan yang sedia ada untuk pekerja asing, jurang untuk pekerja asing mendapatkan akses kepada sistem undang-undang, mahkamah perindustrian, tribunal pentadbiran serta amalan baik untuk pekerja asing mengakses kepada keadilan di Malaysia,” katanya. — Bernama

The post Majlis Peguam akui terima dana Soros appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian