Melayu tersepit antara pemimpin hipokrit dan kaum rasis yang biadap

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mahu mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu tentang padah sikap hipokrit dan sengaja ambil kesempatan dalam permainan kepentingan politik sempit ketika kita sedang berhadapan dengan budaya anti Islam dan anti Melayu yang semakin merebak dan meluas melalui tindakan-tindakan provokasi biadap yang melampaui batas dan terancang.

Keadaan lebih berbahaya apabila tindakan-tindakan provokasi melampau ini sedang cuba untuk dihalalkan melalui usaha terancang untuk melabelkan perjuangan kebangkitan umat Islam mempertahankan hak mereka sebagai anti Cina atau sinophobia.

Pendek cerita, penjenayah perkauman dibiarkan bebas untuk celupar, sebaliknya suara majoriti yang mempertahankan hak di bumi sendiri pula yang dilabelkan sebagai rasis dan anti Cina.

Istilah sinophobia sedang cuba untuk dipopularkan sebagai satu kaedah untuk menutup penyakit sebenar yang sedang merebak iaitu sikap anti Islam dan anti Melayu. Salah seorang pengusaha itu ialah Hew Wai Weng melalui artikelnya yang disiarkan oleh media liberal dan chauvinis, Malaysiakini. Hew Wai Heng sengaja tidak mahu faham bahawa bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.

Di Indonesia, jelas sekali kenyataan yang dibuat oleh Ah Hok amat biadap terhadap agama Islam dan mencabar sentimen kaum majoriti di Indonesia, tetapi kumpulan penulis seperti Hew Wai Weng, di samping media beragenda jahat, sengaja memutarbelitkan isu untuk menggambarkan masyarakat Islam yang berdemonstrasi secara aman itu yang bermasalah kerana mempunyai sikap rasis dan anti Cina, manakala orang-orang seperti Ah Hok suci bersih.

Di Malaysia, terdapat ribuan ‘Ah Hok’, yang tidak henti-henti melakukan provokasi biadap dan keji ke atas agama Islam dan sentimen orang-orang Melayu.

Isma kerap kali mengingatkan agar keistimewaan agama Islam di negara ini dan hak serta budaya orang Melayu sebagai penduduk pribumi mestilah dihormati oleh semua bangsa yang mengaku sebagai warganegara Malaysia.

Tindakan melabelkan pendirian mulia dan bermaruah Isma ini sebagai rasis dan anti Cina merupakan satu tindakan desperado, keji, hina lagi menjijikkan. Manakala tindakan pemimpin Melayu yang menjual kedaulatan negara kepada kuasa luar, di samping menaja gerakan ‘barbaric’ bertopengkan isu perkauman, merupakan pengkhianatan dan mempermain-mainkan agenda perjuangan Islam dan Melayu untuk kepentingan diri sendiri.

Ustaz Haji Mohd Hazizi Ab Rahman
Ketua Penerangan Isma

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian