PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar

gf

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1438H, Rabu – Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini menjadi medan ketua-ketua sayap melakukan ‘serangan’ terhadap Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pergerakan Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin dengan sengaja menggunakan puisi “Melayu Mudah Lupa” yang dibawa Dr Mahathir pada 2001 untuk menyerang bekas presiden parti tersebut.

“Beliau pun sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, Bersih dipertikai. Sekarang, merayu rakyat sertai Bersih. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Soros dikritik, Sekarang, sertai demo yang dibiayai Soros.

“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan. Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, bila ditanya pasal reformasi. Sekarang mengejar tepukan di pentas lawan.

“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Mat Sabu dicaci dihina. Sekarang teman bergelak ketawa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu konon pejuang bangsa. Sekarang seganding musuh bangsa.

“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu pertikai kewujudan Keadilan. Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar. Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa. Dulu, musuh dipersoal. Kini semeja, mengejar kuasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak ketinggalan melahirkan rasa geramnya malah menyifatkan hari paling gelap dalam hidupnya adalah apabila menyaksikan Dr Mahathir ‘bercium mulut’ dengan tokoh parti rasis dan cauvinis, DAP iaitu Lim Kit Siang.

“Paling saya sedih puan-puan apabila bekas pemimpin kita bersekongkol dengan pembangkang. Saya berasa pelbagai perasaan yang saya lalui daripada terkejut kepada kesedihan, kemarahan dan lain-lain.

“Hari yang saya lihat mereka bercium mulut dengan Lim Kit Siang adalah hari yang paling gelap dalam hidup saya, saya malu. (Selama) 22 tahun jadi pemimpin kita sayang sanjung, naik turun beliau duka beliau menjadi duka kita.

“Dia yang kata Lim Kit Siang macam itu (tetapi) hari ini apa yang berlaku? Kalau kita baca dalam media, itu agenda nak naikkan anak dia tapi jangan terima.

“Jangan jadikan agenda peribadi sebagai agenda politik,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016.

The post PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?