Polis serbu klinik susulan laporan Al-Jazeera

pdrm

KLANG, 30 Safar 1438H, Rabu – Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, menyerbu sebuah klinik bersalin di bandar ini susulan laporan penjualan bayi yang dilaporkan oleh stesen televisyen antarabangsa.

Serbuan terbabit dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Selangor bermula pada jam 2 petang hingga 3.30 petang.

Sumber polis berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati klinik itu sudah tidak beroperasi sejak September lalu.

“Kita masih melakukan siasatan berhubung laporan Al Jazeera itu tetapi sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

“Hasil siasatan awal, kita lihat adanya keraguan munasabah,” katanya dipetik media berita tempatan.

The post Polis serbu klinik susulan laporan Al-Jazeera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?