Siasatan polis terhadap saya perbuatan menggertak Ahli Parlimen, kata Shafie Apdal

mohd_shafie_apdal_0808_620_413_100

KUALA LUMPUR, 7 Safar 1438H, Isnin – Datuk Seri Shafie Apdal hari ini menganggap siasatan polis terhadap ucapannya pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, adalah satu perbuatan menakut-nakutkan atau menggertak kebebasan Ahli Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, beliau tahu ada beberapa perundangan yang menyatakan bahawa perkara tertentu tidak boleh sentuh di Parlimen, seperti hak Yang di-Pertuan Agong dan kaum.

“Hari ini saya telah dipanggil untuk membuat kenyatan tentang ucapan pada peringkat Parlimen baru-baru ini dan saya beranggapan bahawa ini merupakan satu proses intimidasi dalam hak kebebasan Ahli Parlimen untuk bercakap di Parlimen mengikut Artikel 63 (2).

“Jadi proses seumpama ini merupakan hak Ahli-Ahli Parlimen yang sepatutnya…perbahasan itu sedikit sebanyak ada kebebasannya, walaupun kita tahu ada perundangan yang menyatakan bahawa perkara tertentu tak boleh sentuh.

“Tetapi, adalah penting apabila kami tetapi dibenar untuk bercakap mengenai isu yang ada kaitan secara langsung degan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman, pagi tadi.

Shafie bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, didakwa membocorkan rahsia kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad, ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

BERITA BERKAITAN

Shafie hadir di Bukit Aman beri keterangan

The post Siasatan polis terhadap saya perbuatan menggertak Ahli Parlimen, kata Shafie Apdal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian