Duta Russia di Turki ditembak mati ketika sidang media
Penyerang jerit ‘Allahu Akbar’, ‘jangan lupa Aleppo,
jangan lupa Syria’
ISTANBUL, 20 Raibulawal 1438H, Selasa – Duta Russia ke Turki, Andre G Karlov, mati ditembak seorang penyerang di sebuah galeri seni di Ankara, petang semalam – kejadian yang dianggap pemimpin kedua-dua negara sebagai tindakan provokatif.
Penyerang dikenal pasti seorang anggota polis Turki berusia 22 tahun yang tidak bertugas, turut mencederakan sekurang-kurangnya tiga yang lain dalam serangan yang dirakam ketika Karlov mengadakan sidang media di galeri berkenaan.
Andre G Karlov, bercakap kepada media sebelum ditembak mati.
Pegawai Turki berkata, penyerang dikenali sebagai Mevlut Mert Altintas dari barat wilayah Aydin dan graduan kolej kepolisian di Izmir, bagaimanapun ditembak mati.
Media tempatan melaporkan, ibu dan kakak penyerang ditangkap manakala sebuah komputer turut dirampas dari rumahnya.
Duta Russia itu ditembak dari belakang sebanyak lapan kali sebelum jatuh di atas lantai, ketika bercakap pada sidang media mengenai pameran fotografi di Pusat Seni Kontemporari di Ankara.
Penyerang, memakai sut hitam dan bertali leher, dilihat dalam video memegang pistol dan menjerit dalam bahasa Arab, ‘Allahu Akbar! Orang-orang yang berjanji setia kepada Muhammad untuk berjihad. Allahu Akbar!
Dia kemudian bercakap dalam bahasa Turki “Jangan lupa Aleppo, jangan lupa Syria! Berundur! Hanya kematian boleh bawa aku keluar dari sini!”.
The post Duta Russia di Turki ditembak mati ketika sidang media appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan