Nahas bas ekspres: JPJ tunggu laporan penuh polis

BANGI, 24 Rabiulawal 1438H, Sabtu – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menunggu laporan penuh siasatan daripada pihak polis berhubung nahas membabitkan bas ekspres Alisan Golden Coach di Muar, awal pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, terlalu awal untuk pihaknya mengulas mengenai punca kemalangan yang mengorbankan 14 penumpang dan 16 yang lain cedera.

“Kami akan menunggu laporan penuh daripada pihak polis. Kita akan ambil kira semua aspek, termasuk dakwaan bahawa bas itu dipandu melebihi had laju,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, JPJ dan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) juga akan menjalankan siasatan teknikal bagi mengenal pasti sama ada kemalangan tersebut disebabkan oleh faktor bas.

Kemalangan yang berlaku jam 3.45 pagi di Kilometer 137.2 (arah utara) Lebuhraya Utara – Selatan (NSE) berhampiran Kampung Jayo dipercayai disebabkan bas dipandu terlalu laju.

The post Nahas bas ekspres: JPJ tunggu laporan penuh polis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian