Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR, 27 Rabiulawal 1438H, Selasa – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring kebanyakan mata wang Asia, susulan peningkatan hasil bon AS yang menyokong dolar.

Pada 6 petang, unit tempatan itu diniagakan pada 4.4760/4810 berbanding dolar AS daripada 4.4725/4755 yang dicatat Jumaat lepas.

Peniaga berkata, ketidaktentuan yang meningkat terhadap pandangan presiden AS yang baru dipilih, Donald Trump berhubung kadar faedah dan perdagangan AS juga memberi tekanan kepada mata wang negara Asia berorientasikan eksport.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0895/0946 daripada 3.0934/0959 pada Jumaat lepas, dan susut berbanding yen kepada 3.8168/8214 daripada 3.8112/8145.

Mata wang tempatan lemah berbanding pound kepada 5.4921/4995 daripada 5.4904/4946 dan rendah berbanding euro kepada 4.6770/6831 daripada 4.6751/6800 sebelum ini. – Bernama

The post Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?