Tentera Pembebasan Syria (FSA) bukan pengganas: Erdogan


ISTANBUL, 26 Rabiulawal 1438H, Isnin
– Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Tentera Pembebasan Syria (FSA) adalah kumpulan pengganas.

Ketika berucap di majlis hubungan ekonomi luar Turki di Istanbul semalam, Erdogan berkata tentera Turki kini dibantu oleh FSA dalam operasi ketenteraan “Dar’il Furat” (operasi tentera Turki di Syria melawan Daesh dan pengganas Kurdi) di bandar Jarabulus dan kawasan perkampungan Aleppo.

Katanya lagi, FSA adalah tentera bebas yang mewakili kumpulan pembangkang dalam Syria yang berusaha membebaskan Syria dan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

“Turki telah mengadakan siri latihan dengan FSA bagi mewujudkan kawasan yang selamat daripada ancaman pengganas termasuk Russia, AS dan Iran,” katanya.

Mengulas mengenai operasi Dar’il Furat, Erdogan berkata tenteranya telah sampai ke bandar Al-Bab di utara Syria dan menguasai keseluruhan bandar dan menjaga penduduk.

Katanya, tentera Turki akan berada di semua tempat yang terdedah kepada kezaliman terutama di bandar Manbij dan Raqqah.

Setakat ini, operasi Dar’il Furat telah berjaya membersihkan kawasan sempadan daripada kumpulan pengganas Daesh. – Agensi

The post Tentera Pembebasan Syria (FSA) bukan pengganas: Erdogan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian