UMNO bukan lagi pilihan utama pengundi Melayu: Penganalisis

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Wartawan Pelatih Ismaweb.net

BANGI, 21 Rabiulawal 1438H, Rabu – Pengundi Melayu sekarang ini sudah mula hilang keyakinan terhadap UMNO. Keadaan ini menyebabkan penganalisis politik berpendapat, parti dominan bangsa Melayu itu, sudah mula hilang pengaruh.

“UMNO sekarang ini tidak mendapat sokongan yang kuat daripada pengundi Melayu. Pengundi Melayu mula tidak meyakini parti itu.

“Pengundi Melayu sedang mencari parti yang lebih baik daripada UMNO. Mereka mahu mencari perjuangan yang baharu,” kata Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid.

Beliau berkata, pengundi Melayu kini melihat parti lain, termasuk PAS, sebagai alternatif.

“Oleh itu, sebagai alternatif kepada pengundi Melayu, PAS perlu berdiri sendiri tanpa bersandar kepada mana-mana parti, termasuk UMNO,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan PAS mengadakan kerjasama dengan UMNO.

Pada masa sama, beliau berkata, PAS tidak memerlukan kerjasama dengan pakatan harapan dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, kerjasama dengan pakatan harapan akan memberi kesan negatif kepada PAS bagi memenangi lebih banyak kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ini kerana dalam pakatan harapan terdapat parti DAP, yang tidak menjadi pilihan pengundi Melayu Islam di samping PKR yang kurang mendapat sokongan.

“Jika PAS bersatu dengan mereka, parti itu akan menerima nasib yang sama. Sebelum ini, PAS keluar daripada pakatan rakyat disebabkan DAP lebih mendominasi serta mempunyai prinsip yang berbeza.

“Sehubungan itu, PAS perlu berdiri sendiri dalam meneruskan prinsip perjuangannya. Berkemungkinan parti itu akan mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu lebih besar berbanding pilihan raya umum tahun 2013 dan secara tidak langsung akan mendapat kuasa komunikasi politik di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, beliau berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga mungkin tidak mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu, kerana bekerjasama dengan DAP.

Dr Mohd Noor berkata, secara umumnya, pengundi Melayu masih melihat DAP sebagai parti yang tidak menjamin hak-hak Melayu dalam Perlembagaan, berpaksikan falsafah sosial liberal dan tidak menyokong Islam.

The post UMNO bukan lagi pilihan utama pengundi Melayu: Penganalisis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?