Kerajaan Perak akan panggil kumpulan remaja panjat ‘Ipoh’, kren

BANGI, 4 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Kerajaan negeri Perak akan memanggil sembilan remaja ekoran tindakan berswafoto pada struktur blok perkataan ‘Ipoh’ termasuk di kren sebuah tapak pembinaan di bandar itu, baru-baru ini.

Exco Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrulzaman berkata, ia adalah bertujuan mengadakan perbincangan berhubung tindakan yang akan diambil terhadap kumpulan remaja itu.

“Kita akan panggil mereka untuk berbincang bagaimana kita boleh ambil tindakan, apa yang mereka nak buat.

“Dah ada contoh pun sebelum ni. Spux yang dahulu buat seni (graffiti art) secara illegal (tidak sah) pun sekarang dah buat secara legal dan jadi income earner (sumber pendapatan),” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, lapan remaja yang terlibat dalam aksi berani mati memanjat mercu tanda ‘Ipoh’ dilaporkan tampil serah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah itu, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Aksi kumpulan remaja itu menggemparkan negara dan mendapat kecaman teruk daripada netizen di media sosial.

Tidak terhenti setakat itu, satu lagi aksi ngeri yang ditunjukkan oleh seorang remaja lelaki di daerah sama yang bertindak memanjat kren setinggi 30 meter (90 kaki) di tapak pembinaan sebuah bangunan berhampiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Dilaporkan, syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah berkenaan Sycal Ventures Berhad membuat laporan polis berhubung kejadian itu, semalam.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 3 bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

The post Kerajaan Perak akan panggil kumpulan remaja panjat ‘Ipoh’, kren appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?