Lagi jemaah umrah Malaysia terkandas di Madinah

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulakhir 1438H Isnin – Lagi jemaah umrah Malaysia terkandas di Madinah, kira-kira 30 jemaah itu kini dilaporkan dalam ketakutan kerana tidak langsung menerima maklumat mengenai jadual kepulangan mereka ke tanah air.

Hasinar Zainuddin, 34, seorang daripada anak mangsa berkata hari ini, agensi pelancongan yang mengendali perjalanan jemaah berkenaan, yang disertai ibunya, diuruskan oleh seorang wanita dikenali sebagai ‘Chan Bee’.  

Agensi itu yang berpejabat di Setapak di sini menjanjikan pakej umrah yang murah dengan harga RM3,500 dan memaklumkan baki perbelanjaan akan ditanggung oleh seorang individu yang enggan dikenali, kata Hasinar.

Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay berkata pihaknya menerima aduan daripada Hasinar berhubung jemaah terkandas itu sejak 2 Januari lepas.

“Mereka terbang ke Madinah pada 23 Disember untuk mengerjakan umrah.      

“Mereka sepatutnya pulang ke tanah air Isnin lepas (2 Jan).  

“Sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lagi mereka mengalami penangguhan dan kelewatan penerbangan sebanyak tiga kali,” katanya kepada Bernama.

Susulan itu, Amir Amsaa berkata Hasinar membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada 4 petang tadi. – Bernama

The post Lagi jemaah umrah Malaysia terkandas di Madinah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian