Sesi persekolahan beberapa buah sekolah di Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan ditangguh
KUALA LUMPUR, 2 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Beberapa buah sekolah di empat buah negeri iaitu Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan yang sepatutnya bermula hari ini terpaksa ditangguhkan sesi persekolahannya akibat bencana banjir.
Seramai 3,392 pelajar dan 490 guru di daerah Hulu Terengganu, Setiu dan Marang terbabit dengan penangguhan sesi persekolahan.
Sekolah di Hulu Terengganu yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Teris, SK Kuala Jenderis, SK Padang Setebu, SK Matang, SK Sungai Buloh, SK Sungai Berua, SK Bukit Tadok, SK Lubok Periuk, SK Nibong, SK Kua.
SK Felda Mengkawang, SK Betong, SK Pereh, SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar termasuk tiga sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong, SMK Kuala Jenderis dan SMK Tun Indera.
Dua sekolah di Setiu ialah SK Merbau Menyusut dan SK Kampung Besut manakala satu sekolah di Marang ialah SK Sentol Patah.
Manakala di Kelantan pula, penangguhan membabitkan 13 sekolah rendah dan dua sekolah menengah di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.
Sementara itu, di Johor, empat sekolah masing-masing sebuah di pulau dalam daerah Mersing ditangguhkan membabitkan 40 murid dan 36 guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aur, Pemanggil, Tinggi dan Sibu.
Suasana hari pertama persekolahan di empat negeri berkenaan berjalan seperti biasa dengan tumpuan adalah kepada pelajar Tahun Satu.
The post Sesi persekolahan beberapa buah sekolah di Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan ditangguh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan