Anak luar nikah ibu warga asing tidak dapat kewarganegaraan

KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1438H, Rabu – Anak wanita warga asing yang lahir di luar perkahwinan tidak akan diberi taraf kewarganegaraan, meskipun bapanya adalah warganegara, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jelas beliau, Seksyen 17 Jadual Kedua Bahagian III Perlembagaan Persekutuan menyatakan penentuan kewarganegaraan bagi kes sedemikian berdasarkan kewarganegaraan ibu.

“Justeru, menjadi tanggungjawab kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu untuk menguruskan dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal ibu kanak-kanak melalui kedutaan negara masing-masing,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis 21 Mac lalu kepada soalan William Leong Jee Ken (PKR-Selayang) yang meminta KDN menyatakan langkah bagi menyelesaikan masalah kewarganegaraan bagi kanak-kanak tersebut.

Zahid berkata, kelahiran di negara ini tidak membolehkan mana-mana individu mendapat kewarganegaraan secara automatik.

“Status warganegara adalah anugerah tertinggi yang diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

 

The post Anak luar nikah ibu warga asing tidak dapat kewarganegaraan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian