Anggap amal jariah jika Rumah Impian rugi: Sultan Johor

KUALA LUMPUR, 22 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Sekiranya projek Rumah Impian Sultan Ibrahim tidak memberi keuntungan, Sultan Johor sanggup menanggung kerugian.

Demikian titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika menyatakan hasratnya yang prihatin berhubung masalah perumahan rakyat di negeri itu.

“Saya percaya projek ini tidak akan rugi, tapi kalau rugi, saya akan tanggung. Anggaplah ia amal jariah saya untuk rakyat,” kata baginda.

Memetik Berita Harian, baginda bertitah, skim berstatus hak milik bebas itu adalah yang pertama seumpamanya dan bakal dibangunkan di Bandar Dato Onn di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.

“Fasa pertama saya nak buat dalam 600 unit termasuk banglo dan Semi-D. Rumah atas tanah. Mana ada banglo yang boleh bawah RM100,000 dan Semi-D.

“Tak ada lagi wayar-wayar elektrik macam sarang labah-labah kat atas. Tak ada lagi. Semua (longkang) ditutup… bersih.

“Jikalau Rumah Impian Sultan Ibrahim ini menjadi betul-betul impian rakyat seluruh negara, kalau saya dapat sokongan daripada kerajaan Persekutuan untuk saya bina rumah rakyat untuk negara.

“Saya buatkan dengan tidak mengambil untung satu sen pun. Biar rakyat semua ada rumah,” titahnya.

The post Anggap amal jariah jika Rumah Impian rugi: Sultan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?