Harga baharu minyak petrol, diesel

BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 17 sen dan 19 sen seliter, manakala diesel pula turun 9 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 5 April ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh dalam kenyataan hari ini berkata, harga RON95 ialah RM2.13 seliter, berbanding RM2.30 seliter sebelum ini, manakala RON97 ialah RM2.41, berbanding RM2.60 sebelum ini.

Harga baru diesel pula ialah RM2.11 berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel Euro 5 pula pada harga RM2.21 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini.

Harga baru bahan api ini berkuat kuasa 30 Mac hingga 5 April selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan, berbanding secara bulanan sebelum ini.

The post Harga baharu minyak petrol, diesel appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian