Kerajaan mahu contohi negara maju, tak guna motosikal jadi teksi

KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1438H, Rabu – Malaysia mahu mencontohi negara-negara maju dengan tidak menggunakan motosikal sebagai teksi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata demikian di Dewan Rakyat bagi mewajarkan tindakan kerajaan tidak membenarkan permohonan perkongsian perjalanan motosikal Dego Ride.

“Kita mahu menjadikan negara kita contohi kota-kota maju. Kita mahu emulate atau ikut sistem negara maju, seperti Singapura, Tokyo, London, New York.

“Di negara-negara ini, tidak ada perkhidmatan teksi motorsikal,” katanya.

Abdul Aziz mengulas Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) yang ingin tahu mengapa aplikasi mudah alih itu tidak dibenarkan sedangkan perkhidmatan teksi bermotosikal adalah pemandangan biasa di kota metropolitan seperti Jakarta, Bangkok dan Manila.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz tidak mahu negara ini menjejaki bandar yang masih belum menjalani transformasi.

“Kita tidak mahu KL ikut kota yang belum ditransformasi, kita mahu jadikan kota KL sama setaraf dengan kota-kota yang sudah transform.

“(Ini) supaya suasana kota negara ini lebih nyaman, mesra alam sekitar dan lebih canggih,” katanya.

Beliau berkata, terdapat banyak pilihan pengangkutan awam yang sedia ada, seperti monorel, KTM Komuter, LRT dan MRT.

Kerajaan pada Februari mengenakan larangan ke atas perkhidmatan Dego Ride, dengan alasan bahawa 62 peratus daripada kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal dan pemboncengnya.

The post Kerajaan mahu contohi negara maju, tak guna motosikal jadi teksi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?