Pemegang Amanah Yayasan Bumiputera bergelar ‘Datuk’ direman salah guna kuasa

GEORGE TOWN, 2 Rejab 1438H, Khamis – Seorang pemegang amanah sebuah yayasan berkepentingan bumiputera bergelar ‘Datuk’ ditahan reman lima hari bermula hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Lelaki berusia 70 tahun yang juga seorang ahli perniagaan itu memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi pegawai SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pada kira-kira jam 10.30 pagi, tadi. 

Menurut sumber, suspek dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan itu kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga asal.


Suspek  dipercayai akan mendapat sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai tanah yang dijual sebagai habuan.

Perbuatan itu juga, dakwanya, dilakukan tanpa melalui proses dan tatacara yang telah ditetapkan oleh anak syarikat yayasan berkenaan.

Perbuatan suspek telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan sejak beberapa tahun lepas.

Usahawan terkemuka ini dilaporkan masih dan pernah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan selaku pengerusi dan ahli lembaga pengarah pelbagai syarikat dan organisasi dalam pelbagai bidang termasuk permotoran, sukan, pelancongan dan industri pengeluaran.

The post Pemegang Amanah Yayasan Bumiputera bergelar ‘Datuk’ direman salah guna kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?