DAP jadi ‘pak hasut’, rakyat boleh porak-peranda
TEMERLOH, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Presiden parti perkauman MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa parti rasis dan cauvinis DAP berbahaya kerana menjadi ‘pak hasut’.
Dakwanya, tindakan DAP yang mengetuai pakatan harapan sudah seperti menanam kebencian kepada kerajaan, dan ia sangat berbahaya kepada keharmonian antara kaum.
Tiong Lai ketika ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab malam tadi berkata, beliau bimbang rakyat negara ini yang hidup dalam keadaan harmoni suatu masa nanti akan menjadi porak-peranda jika berterusan dihasut.
“Jadi, kita jangan biarkan DAP terus mempergunakan hasutan dan memainkan sentimen perkauman demi mendapatkan kuasa pemimpin-pemimpin dalam parti itu.
“Kita lihat pada pilihan raya umum lalu, DAP menggunakan slogan Ubah untuk mendapatkan sokongan rakyat khususnya komuniti Cina.
“Kita perlu terus berpegang kepada nilai teras Barisan Nasional (BN) iaitu kerjasama, semangat konsensus dan kita akan pastikan perpaduan yang unggul untuk rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya.
The post DAP jadi ‘pak hasut’, rakyat boleh porak-peranda appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan