Hina bapa Watson Nyambek: Pengacara, penerbit dan kru Sukan Tak Sentral digantung tugas

MIRI, 27 Rejab 1438H, Isnin – Pengacara program Sukan Tak Sentral, penerbit serta kru penerbitannya digantung tugas serta-merta, sementara syarikat penerbit rancangan itu, Primeworks Studios, menimbang untuk menamatkan program berkenaan.

Bercakap pada sidang media ketika pertemuan dengan keluarga bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, kru produksi digantung tugas dan syarikat itu sedang menimbang untuk menamatkan program berkenaan.

Penyampai TV bagi rancangan berkenaan, Azizul Ammar Abu Hassan, yang digantung tugas turut hadir dalam pertemuan tertutup di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap kontroversi itu, Ahmad Izham memberi jaminan pihaknya tidak lagi akan membuat jenaka sensitif sehingga menyinggung perasaan mana-mana pihak atau kaum.

“Bagi pihak pengurusan stesen kami dan juga TV3 dan TV9, saya di sini memohon maaf kepada Watson sekeluarga dan rakyat Sarawak berhubung kenyataan yang dibuat penyampai TV kami.

“Penyampai ini telah memohon maaf secara peribadi kepada Watson dan telah digantung tugas serta-merta. Kami mengakui kesilapan kami. Kami sepatutnya lebih sensitif dan tidak membuat jenaka yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum.

“Kami akan mengkaji semula program-program kami dan membatalkan sebarang bentuk komedi sekiranya perlu,” katanya.

Ahad, penyampai TV, Azizul Ammar membuat permohonan maaf kepada Watson kerana mempersendakan nama mendiang bapanya dalam program komedi itu.

“Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf atas keterlajuran saya terhadap Watson dan keluarganya. Tanpa sedar kami telah mencalar nama baik mendiang bapanya.

“Saya menghormati atlet negara tersebut di atas kejayaan beliau yang mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” kata Ammar di akaun Instagramnya.

Primeworks mohon maaf ‘hina’ bapa Watson Nyambek

The post Hina bapa Watson Nyambek: Pengacara, penerbit dan kru Sukan Tak Sentral digantung tugas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?