Ibu bapa tak setuju cadangan menteri benar peranti dibawa ke sekolah

BANGI, 22 Rejab 1438H, Rabu – Cadangan Kementerian Pendidikan membenarkan pelajar menggunakan alat peranti seperti laptop, tablet dan telefon bimbit di sekolah untuk tujuan pembelajaran disanggah rata-rata ibu bapa.

Tinjauan Ismaweb mendapati, ibu bapa tidak bersetuju dengan cadangan sedemikian kerana pada mereka, ia lebih membawa gangguan berbanding kebaikan kepada para pelajar.

“Pada pandangan akak sebagai ibu kepada 4 orang anak, malah ada anak yang dah remaja, ianya tidak bertepatan kerana akan menganggu konsentrasi anak-anak nak belajar, dia akan mudah terpengaruh.

“Anak-anak yang mana sebelum ini berada dalam kawalan ibu bapa, bila dah ada peranti tersebut jauh dari pandangan kita, dan dibawa ke sekolah, ia sudah di luar kawalan ibu bapa.

“Kecuali ianya diguna masa pembelajaran dalam pengawasan pemantauan, itu tidak mengapa. Tetapi kalau mereka bebas menggunakannya, saya tak setuju,” kata seorang surirumah, Dayang Zulina.

“Kalau akak, akak tak setuju nanti fokus dia lari, nanti dia akan fokus pada peranti itu sahaja,” kata ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Haslina Yaacob.

Peniaga, Ahmad Hafiz juga turut berkongsi pandangan yang sama dengan meluahkan rasa ketidakwajaran alat seperti yang diutarakan dibenarkan di sekolah.

“Saya kurang bersetuju, kerana untuk jangka masa panjang lebih banyak bawa keburukan daripada kebaikan.

“Sekarang ni yang tak bagi pun dah terdedah dengan keburukana gadget. Kalau boleh bawa, lagi beyond control,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga antara mereka yang bersetuju para pelajar dibenarkan menggunakan telefon bimbit di sekolah bagi tujuan menghubungi ibu bapa itu sendiri.

“Kalau nak bawak telefon bimbit, saya sokong. Sebab senang kita nak hubungi. Kalau macam sekarang anak saya ada aktiviti kokurikulum, saya bagi bawah telefon bimbit supaya senang saya nak tahu bila nak ambil dia dan di mana apa semua,” katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bercadang untuk membenarkan alat peranti dibawa ke sekolah bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.

Katanya, cadangan itu bagaimanapun belum dimuktamadkan kerana kementerian perlu mengkaji cadangan itu secara terperinci sebelum melaksanakannya.

The post Ibu bapa tak setuju cadangan menteri benar peranti dibawa ke sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?