India keluar waran tangkap kedua terhadap Zakir Naik

NEW DELHI, 25 Rejab 1438H, Sabtu – Penentangan terhadap pejuang agama Allah tidak pernah akan henti.

Inilah ujian di jalan perjuangan yang dihadapi oleh pendakwah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik.

Mahkamah Khas Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) mengeluarkan waran tidak boleh diikat jamin terhadap Zakir Naik berhubung tuduhan pendakwah antarabangsa itu menganjurkan ceramah berunsur keganasan.

The Times of India melaporkan, NIA memberitahu mahkamah bahawa Zakir tidak hadir ke mahkamah, walaupun tiga saman dikeluarkan terhadapnya.

NIA telah merekodkan kes terhadapnya mengikut Akta Aktiviti Haram, tahun lepas.

Sementara itu, kerajaan India difahamkan telah memohon Notis Merah Interpol terhadap Zakir, yang juga Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, untuk membendung pergerakan keluar dari Arab Saudi, lokasi di mana beliau berada ketika ini.

Minggu lepas, satu lagi mahkamah di India juga telah mengeluarkan waran tidak boleh diikat jamin terhadapnya berhubung dakwaan terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Pendakwah berusia 51 tahun itu meninggalkan dilaporkan India tahun lalu, didakwa untuk mengelakkan penangkapan selepas beberapa pelaku serangan keganasan Dhaka mendakwa tindakan keganasan mereka diilhamkan oleh Zakir.

Zakir baru-baru ini menerima anugerah Pahlawan Perkasa dari Malaysia dan beliau juga memiliki status pemastautin tetap (PR) di Malaysia yang telah diberikan kepada kira-kira lima tahun yang lalu. – Agensi

The post India keluar waran tangkap kedua terhadap Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?