Jamal gesa SPRM siasat Ahli Parlimen Ampang pula
- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Jamal hari ini membuat laporan kepada SPRM terhadap Zuraida susulan penahanan pegawai khasnya yang juga Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly pada 13 April lalu.
“Jika kita lihat pekerja mempunyai kekayaan yang luar biasa, seperti 10 buah rumah dan 20 biji kereta, pastinya kita akan mempunyai lebih dari dia (Adam), itulah sebab kita mengesyaki beliau (Zuraida),” katanya kepada pemberita, hari ini.
Jamal mendakwa, beliau mempunyai dokumen yang mengandungi bukti mengenai penglibatan adik-beradik Zuraida dalam syarikat yang menerima projek di bawah kerajaan negeri Selangor.
“Kita tidak mahu kuasa yang diberikan kepada kerajaan Selangor akan digunakan untuk kepentingan individu tertentu,” katanya.
Adam yang juga Pemimpin muda PKR itu ditahan semasa hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada 13 April lepas bagi memberi keterangan berhubung siasatan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.
Lelaki tersebut menjadi tumpuan selepas media melaporkan kemewahan luar biasa termasuk ng didakwa memiliki banglo bernilai jutaan Ringgit dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.
The post Jamal gesa SPRM siasat Ahli Parlimen Ampang pula appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan