Jangan pertikai usaha tambah baik sistem perundangan Islam
KUALA LUMPUR, 14 Rejab 1438H, Selasa – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak agar tidak mempertikaikan usaha untuk menambah baik sistem perundangan bagi memartabatkan agama Islam.
Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat negara ini perlu menghormati Islam sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Kita amat sedih jika ada pihak yang mempertikaikan soal usaha itu dan orang serta kumpulan itu pula yang tidak satu akidah dengan kita. Kita tidak berhasrat menyentuh soal agama lain…anda dengan agama anda dan saya dengan agama saya.
“Tolong hormat agama saya jika anda mahu saya hormat agama anda,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab 2017 di sini, malam tadi.
Ahmad Zahid berkata, sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama, masyarakat bebas mengamalkan agama mereka, namun perlu sentiasa bertoleransi dan mengutamakan nilai-nilai murni seperti yang dituntut dalam setiap agama.- Bernama
The post Jangan pertikai usaha tambah baik sistem perundangan Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan