Kedah umum 25 April cuti gantian

ALOR SETAR, 15 Rejab 1438H, Rabu – Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan 25 April sebagai hari kelepasan am gantian bagi seluruh negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, cuti itu berikutan pertindihan cuti sambutan Israk dan Mikraj dengan hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, yang juga hari kelepasan am tambahan pada 24 April nanti.

“Kita sudah bincang dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi dan memutuskan untuk beri cuti ganti pada 25 April,” katanya ketika sidang media di Wisma Darul Aman, sebentar tadi. 

Minggu lalu, kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember lalu menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada 12 Disember 2016.

The post Kedah umum 25 April cuti gantian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?