Kerajaan digesa wujudkan sekolah satu aliran

KUALA LUMPUR, 22 Rejab 1438H, Rabu – Kerajaan digesa menyemak semula Akta Pendidikan 1996 dan hanya mewujudkan sekolah satu aliran di negara ini.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Khair Sujud yang membuat gesaan itu berkata, penubuhan sekolah satu aliran adalah relevan dan sesuai dilaksanakan dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

“Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi menyatu-padukan masyarakat majmuk di negara ini.

“Namun seharusnya dilaksanakan dengan menghormati sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Cadangan itu juga, menurutnya, adalah bagi mengangkat Falsafah Pendidikan Negara sebagai asas pelaksanaan sebarang dasar berkaitan pendidikan.

Cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pernah dikemukakan pada tahun 2000.

Bagaimanapun, ianya mendapat bantahan hebat pembangkang terutama DAP yang mahu sekolah jenis kebangsaan Cina dipertahankan.

The post Kerajaan digesa wujudkan sekolah satu aliran appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian