Laporan pemerhati Eropah berat sebelah: Menteri Luar Turki

ANKARA, 23 Rejab 1438H, Khamis – Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu mendakwa, laporan kritikal pemerhati Eropah berhubung pungutan suara yang meluaskan kuasa Presiden Turki mengandungi beberapa kesilapan yang disengajakan.

Beliau berkata, Pemantau daripada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) serta Majlis Eropah mendakwa pungutan suara yang dibuat tidak seimbang.

“Laporan OSCE itu tidak boleh dipercayai kerana tidak objektif dan amat berat sebelah,” katanya.

Susulan itu, Perdana Menteri Binali Yildirim berkata, parti pembangkang berhak memfailkan bantahan terhadap keputusan pungutan suara berkenaan, tetapi memberi amaran bantahan jalanan tidak boleh diterima.

Katanya, lembaga pilihan raya akan memutuskan rayuan pembangkang utama, Parti Rakyat Republikan, untuk membatalkan keputusannya.

Parti pembangkang mendakwa berlaku pelbagai penyelewengan terutama keputusan lembaga pilihan raya menerima kertas undi yang tiada cop khas, seperti ditetapkan undang-undang Turki.

Yildirim berkata, usaha mempertahankan hak perlu mengikut proses perundangan dan dia menggesa pembangkang menerima keputusan berkenaan.

Isnin lalu, pungutan suara memperlihatkan rakyat negara itu menyokong perubahan perlembagaan memperluaskan lagi kekuasaan presiden Turki.

Media melaporkan 51.4 peratus mengundi ‘Ya’ dan disokong perubahan Perlembagaan untuk menggantikan sistem parlimen Turki dengan undi presiden, manakala 48.6 peratus lagi mengundi “Tidak”. -Agensi

The post Laporan pemerhati Eropah berat sebelah: Menteri Luar Turki appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?