LHDN syor penalti 100 peratus tak bayar cukai pendapatan tidak diisytihar

KUALA LUMPUR, 20 Rejab 1438H, Isnin – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bercadang untuk meningkatkan kadar denda kepada 100 peratus cukai perlu dibayar ke atas pendapatan tidak diisytiharkan mulai 1 Januari tahun depan.

LHDN dalam satu kenyataan semalam berkata, langkah itu bertujuan untuk meningkatkan pematuhan secara sukarela di kalangan pembayar cukai dengan menangani masalah kumpulan orang yang sering melanggar peraturan pencukaian.

“Terdapat contoh kes-kes yang di mana ia merupakan kesalahan yang berulang-ulang seperti tidak mengisytiharkan pendapatan atau tidak menyatakan pendapatan yang benar, tidak mahu memberikan kerjasama sepenuhnya semasa audit atau proses siasatan dan kegagalan untuk memberikan maklumat atau dokumen-dokumen yang diminta bagi membantu dalam proses audit atau penyiasatan,” katanya.

Langkah itu juga terpakai ke atas mereka yang terbabit dalam penganjuran skim mengelakkan pembayaran cukai atau dalam kes kegagalan mematuhi undang-undang cukai walaupun pembayar cukai itu telah diaudit atau disiasat sebelumnya.

“Sebagai persediaan, pembayar cukai digalakkan untuk tampil ke hadapan dan mengisytiharkan pendapatan mereka serta memberikan maklumat yang betul dalam tempoh masa yang diberikan,” katanya.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri diberi kuasa untuk mengenakan denda bagi kesalahan kelalaian dalam mengisytiharkan pendapatan atau pendapatan yang betul, yang tertakluk kepada percukaian. – Bernama

The post LHDN syor penalti 100 peratus tak bayar cukai pendapatan tidak diisytihar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian