NegaraKu adakah ia masih milikku?, soal Kadir Jasin

BANGI, 13 Rejab 1438H, Isnin – Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin hari ini menimbulkan beberapa persoalan berdasarkan lirik lagu Kebangsaan – Negaraku – yang kerap dinyanyikan dalam pelbagai majlis, termasuk di sekolah.

Menceritakan pertemuan dengan kira-kira 40 anak muda di Port Dickson, Sabtu lalu, beliau membangkitkan mengenai pentingnya generasi muda mengalas peranan besar dalam hal ehwal negara.

Katanya, sebelum majlis dimulakan, mereka menyanyikan lagu Negaraku beramai-ramai dan mengajak mereka mengambil iktibar daripada lagu kebangsaan itu untuk memulakan proses pemikiran kritis.

“Saya tanya mereka, adakah negaraku tanah tumpahnya darahku itu masih milik mereka?

“Yang saya tahu, banyak harta negara telah dijual dan digadai bagi menimbus bangkai skandal 1MDB, SRC dan berbagai-bagai kecurian lagi,” katanya.

Bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu juga bertanya adakah rakyat hidup bersatu dan maju?

“Rasa-rasanya tidak lagi. Terlalu banyak musibah, penipuan, pembohongan dan propaganda murahan telah memecahbelahkan rakyat jelata. Dan pastinya negara kita tidak semaju dahulu lagi. Terlalu banyak masalah melanda ekonomi dan kewangan negara kerana ketidakcekapan, pemborosan dan hutang yang mencecah awan.

“Kecuali segelintir golongan elit perniagaan, politik dan perkhidmatan awam, majoriti rakyat jelata ditekan dan dibebani kenaikan kos rasa hidup, pengangguran, kejatuhan nilai ringgit dan GST,” katanya.

Bagi lirik ‘Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan’, Kadir berkata, Tuhan tidak menyisihkan kita, tetapi adakah kita mensyukuri rahmat yang Tuhan kurniakan, atau apakah kita sedang ditimpa balasan kerana kemungkaran kita?.

“Dan akhir sekali adakah raja kita selamat bertakhta apabila ada raja yang menuduh pingat kebesaran negeri dan negara sedang dijual-beli dengan harga berjuta?

“Berfikir dan bertindaklah jika kita masih sayang dan pedulikan kepada negara kita,” katanya.

The post NegaraKu adakah ia masih milikku?, soal Kadir Jasin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian