Pembantu kedai didakwa beri sokongan dan miliki bahan berkaitan pengganas

KUALA LUMPUR, 13 Rejab 1438H, Isnin – Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan  memberi sokongan dan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Azizi Abdullah, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Nordin Hassan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. Mahkamah menetapkan 25 April untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa memberikan sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganasyang melibatkan penggunaan bahan letupan dan perbuatan itu dilakukan untukmelanjutkan suatu perjuangan ideologi yang dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam menerusi aplikasi telegram di dalam telefon bimbit miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di F15, Kampung Baru Lubok Buntar, Serdang, Bandar Baharu, Serdang, Kedah antara 25 Mac hingga 29 Jun 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa memiliki bahan-bahan yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Daesh di dalam telefon bimbitnya di tempat dan pada tarikh sama.

Bagi dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh tidak diwakili peguam  – Bernama

The post Pembantu kedai didakwa beri sokongan dan miliki bahan berkaitan pengganas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?