Pensyarah, ketua masyarakat akan terlibat cari kaedah perkasa penguasaan Bahasa Melayu di sekolah: Mahdzir


KUCHING, 20 Rejab 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan akan menggunakan kepakaran dalam negara seperti pensyarah universiti tempatan serta ketua masyarakat dalam memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu di semua sekolah khususnya sekolah vernakular sebagai medium perpaduan, kata Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Kita tidak berhasrat untuk menggunakan konsultan dalam perkara ini, sebaliknya kita akan pakai pakar dalaman yang faham seperti profesor dari universiti tempatan dan juga pemimpin setempat.

Selain itu kita akan serahkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran (Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof) untuk tengok balik program-program yang sedang dilaksanakan ketika ini seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina (C) Stampin di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Fatimah Abdullah, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merangkap Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian dan Khair .

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata berkata RIMUP yang sedang dilaksanakan ketika ini dilihat tidak berapa ‘kuat’ kerana tidak melibatkan semua sekolah biarpun diadakan di peringkat nasional, negeri dan daerah.

“Kita ada program tetapi tidak berapa kuat termasuk RIMUP. Kita kena duduk bersama, Kerajaan Persekutuan dan Negeri tengok macam mana nak buat supaya integrasi serta ada interaksi antara kaum,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata SRJK (C) Stampin dipindah ke lokasi baharu kerana sekolah yang terletak di Jalan Tun Jugah itu berada di laluan sibuk dan sering mengalami kesesakan lalu lintas.

“Kerjasama awam-swasta atau public-private partnership (PPP) ini merupakan satu inisiatif kerajaan dan juga swasta, dalam kes ni SRJK (C) Stampin akan dipindahkan kerana lokasi sekolah tidak begitu sesuai untuk pelajar kerana terletak betul-betul di jalan utama.

“Pemaju San Chin-BBC JV Sdn Bhd telah berjanji akan menyiapkan sekolah bernilai RM17 juta yang bakal memiliki 30 buah bilik darjah serta mampu menampung 1,000 pelajar (berbanding 787 pelajar) ketika ini dalam tempoh 12 bulan,” katanya. – Bernama

The post Pensyarah, ketua masyarakat akan terlibat cari kaedah perkasa penguasaan Bahasa Melayu di sekolah: Mahdzir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?