Piala Presiden Isma 2017: Johor mahu balas dendam tentang Az-Zahrah FC

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 23 Rejab 1438H, Khamis – Isma Johor FC nekad mahu melancarkan misi balas dendam menentang pencabarnya di peringkat separuh akhir pada kejohanan Piala Presiden 2016, pasukan Az-Zahrah FC.

Pengurus pasukannya, Iqbal Hakim Mohd Tahir berkata, skuad negeri itu kini lebih berhati-hati dengan setiap pasukan kerana menganggap tahun ini, pastinya aksi yang bakal ditonjolkan lebih baik berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, Johor tidak gentar untuk bertemu dengan mana-mana pasukan kerana yakin skuad kendaliannya itu setanding dengan juara tahun lalu iaitu Selangor.

“Cuma kami akan berhati hati dengan setiap pasukan even Kedah yang telah dikalahkan 9-0. Ini kerana saya pasti setiap pasukan akan membawa pasukan yang jauh lebih mantap pada kali ini,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata, pasukannya hanya tidak bernasib baik untuk merampas tiket ke peringkat akhir ekoran tewas dengan skuad Az-Zahrah FC.

“Pasukan kami juga antara yang paling kurang bolos, jadi tiada masalah pada pertahanan. Kemungkinan player pertahanan musim lepas kita akan kekalkan.

“Cuma mungkin target musim ini, kami akan fokus untuk baiki pada serangan khususnya di sebelah sayap,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung persediaan pada Ogos nanti, Iqbal Hakim berkata, setakat ini pasukannya akan mengadakan pemilihan secara rasmi pada 13 Mei depan menerusi kejohanan Piala Presiden Yang di-Pertua (YDP).

“Kita akan memilih pemain-pemain baru, dan mengekalkan beberapa orang sahaja pemain terdahulu. Malah, kita juga akan mengekalkan jurulatih kita.

“InsyAllah kita akan memulakan latihan selepas sambutan hari raya, dan ia akan dilakukan dengan lebih kerap,” katanya.

The post Piala Presiden Isma 2017: Johor mahu balas dendam tentang Az-Zahrah FC appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian