Pihak sakit hati, tiada akal waras sahaja anggap ribut bala kepada PAS
KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1438H, Ahad – PAS menepis kata-kata penyokong Pakatan Harapan yang mengambil kesempatan mewar-warkan insiden sebuah khemah di muktamar parti itu tumbang akibat ditiup angin kencang semalam sebagai bala Allah S.W.T.
Dalam satu kenyataan media, PAS berkata, Allah menguji hambaNya dengan pelbagai ujian termasuk ribut sama ada hambaNya yang soleh atau tidak.
“Mereka yang memang sakit hati dengan PAS tanpa pertimbangan akal yang waras terus menganggap ia bala Allah S.W.T kepada PAS.
“Makkah khususnya Masjidilharam acapkali juga dilanda ribut. Adakah ia menandakan sesuatu yang buruk? Bersabarlah wahai mereka yang sedang diuji.
“Bagi orang mukmin, ia hadapi ujian itu dengan sabar, lantas ia mendapat pahala. Bagi orang yang tidak mukmin, ribut dan derita orang lain menjadi modal untuknya melepaskan nafsu geram,” kata kenyataan itu malam tadi.
Penyokong Pakatan Harapan sejurus insiden yang mencederakan beberapa petugas PAS itu berlaku mewar-warkan di media sosial tragedi itu berlaku disebabkan bala yang Allah SWT turunkan ke atas PAS kerana mengecam Pakatan Harapan.
Malah, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu pula mengeluarkan kenyataan yang diragui keikhlasannya dalam menzahirkan simpati terhadap insiden itu.
“Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.
“Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendakNya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini,” katanya.
The post Pihak sakit hati, tiada akal waras sahaja anggap ribut bala kepada PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan