Polis tahan lelaki kendali pelaburan palsu, kerugian RM31 juta

KUALA LUMPUR, 20 Rejab 1438H, Isnin – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai antara suspek utama dalam penipuan skim pelaburan ‘Crude Palm Oil’ membabitkan kerugian RM31 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah kawasan perumahan di ibu kota pada jam 6 petang semalam.

“Turut dirampas lima kenderaan mewah termasuk dua buah motosikal berkuasa tinggi bersama geran tanah dan wang tunai sebanyak RM 53,035.

“Lelaki ini berperanan sebagai pengendali akaun syarikat pelaburan itu dan juga merupakan anak kepada suspek utama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 248 laporan polis berhubung skim pelaburan terbabit.

“Berdasarkan siasatan, syarikat yang telah beroperasi sejak awal tahun lepas itu mendakwa menjalankan pelaburan berasaskan jual beli minyak kelapa sawit dengan menawarkan empat pakej pelaburan.

Selain itu, syarikat itu turut menjanjikan keuntungan sehingga 30 peratus dan bayaran dividen setiap 12 hari bekerja setiap bulan.

Acryl Sani berkata, pada peringkat awal, syarikat terbabit telah membayar dividen seperti yang dijanjikan.

Namun, syarikat itu ditutup dan anggota lembaga syarikat melarikan diri selepas kebanyakan pelabur membuat penambahan pelaburan dalam jumlah yang besar.

Acryl Sani berkata, lelaki terbabit direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – Bernama

The post Polis tahan lelaki kendali pelaburan palsu, kerugian RM31 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian